PM pengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara pada Khamis ini

0
17
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika turun meninjau hasil pertanian yang dikeluarkan FAMA baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan bersidang pada Khamis ini bagi memperincikan segala usaha dan perancangan kerajaan mengawal kenaikan harga barang keperluan serta kos sara hidup rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mustapa berkata, perincian tersebut akan merangkumi perancangan jangka sederhana dan panjang kerajaan dalam isu berkenaan selain  kan turut meneliti langkah lebih menyeluruh dan bersepadu.

“Tindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentangkan oleh kementerian- kementerian yang berkenaan pada mesyuarat itu.

“Antara perkara akan dibincangkan ialah pergantungan kepada import, kos input makanan, isu buruh asing, skim subsidi, geran dan pinjaman mudah, teknologi pertanian serta penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya.

Mustapa berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Anwar mengenai kelewatan mesyuarat itu diadakan, Mustapa menjelaskan, kerajaan sudah mengambil tindakan segera melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam usaha mencari jalan segera menstabilkan harga barang keperluan.

“Tahun lalu, mesyuarat jawatankuasa kenaikan harga ini yang dipengerusikan Menteri KPDNHEP sudah diadakan sebanyak dua kali. Tahun ini, sudah tiga kali mesyuarat diadakan oleh menteri berkenaan yang khusus kepada kenaikan harga ini, selain MAFI dan kementerian lain.

“Saya ingin menjelaskan bahawa perkara yang dibawa Ketua Pembangkang (Anwar) itu, kita sedia maklum dan Jabatan Perangkaan Malaysia juga memantau sekarang. Jika dulu, dua kali sebulan dipantau harga sayur-sayuran, sekarang setiap hari dipantau oleh Jabatan Perangkaan. Kira-kira 30, 40 jenis sayur-sayuran dipantau seperti cili dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menyedari kenaikan harga barang adalah masalah besar yang sedang dihadapi oleh rakyat, dan ia memerlukan tindakan segera untuk mengawalnya.

“Sebab itulah dalam setiap mesyuarat Jemaah Menteri, selalu ditekankan mengenai perkara ini. Walaupun belum dipanggil lagi mesyuarat (NACCOL dan mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet), mesyuarat Jemaah Menteri sudah mengarahkan segala usaha dan tenaga semua kementerian dan agensi bagi memastikan supaya kenaikan harga ini dapat dikawal,” katanya.

Terdahulu, Anwar ketika mengemukakan soalan tambahannya mempersoalkan kelewatan kerajaan memanggil mesyuarat NACCOL dan jawatankuasa khas Kabinet, ketika peniaga serta rakyat terus terbeban dengan kesan kenaikan harga barang keperluan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here