PM tidak tolak kemungkinan PKP dikembalikan

0
194
ISMAIL SABRI

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan semula sekiranya angka jangkitan Covid-19 baharu meningkat kembali.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan seluruh rakyat perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 termasuklah dalam kebimbangan penularan varian baharu.

ISmail Sabri turut menambah, peningkatan kes yang berlaku di luar negara seperti di United Kingdom (UK) yang merekodkan sehingga 70,000 kes sehari disebabkan kegagalan pematuhan SOP perlu dijadikan pengajaran.

“Waktu saya umum PKP 1.0, hanya 347 kes dan kita beri janji kepada rakyat apabila kita buka negara, kita tidak akan tutup semula membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, sebab itulah yang boleh memastikan PKP tidak dikenakan semula adalah kita sendiri iaitu mematuhi setiap SOP diperkenalkan.

“Jadi kita bimbang, kita sudah kata kerajaan janji tidak akan ada PKP lagi tetapi kalau kes meningkat sukar untuk kita mengekalkan keadaan itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here