PM umum cuti kecemasan untuk kakitangan awam, swasta terjejas banjir

0
73
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat mangsa banjir di Klang.

KLANG- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

Ismail Sabri berkata, bagi kakitangan swasta pula, syarikat disaran memberi cuti berbayar atau ‘paid leave kepada pekerja tanpa menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji.

“Berapa lama cuti itu, kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing. Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.

“Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan …saya tahu tiada peruntukan undang-undang berkaitan cuti banjir ini.

“Namun, ia boleh dilaksanakan atas sifat kemanusiaan,” katanya pada sidang media selepas meninjau operasi menyelamat dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dan SK Teluk Gong, Klang yang menempatkan hampir 2,000 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here