Polis tawar diskaun saman sehingga 80 peratus sempena sambutan AKM

0
210
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 80 peratus sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang akan dianjurkan pada 9 hingga 12 Disember ini.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, bagi saman yang dikeluarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya ditawarkan pengurangan sehingga 80 peratus manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70 peratus.

“Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Tawaran diskaun oleh PDRM sempena AKM

“Tawaran saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk pada terma dan syarat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan memakai pelitup muka, sanitasi tangan dan menjaga jarak fizikal semasa hadir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here