Potongan harga sehingga 80 peratus di Malakat Mall, peluang menang iphone 13

0
45
Rebut peluang untuk memenangi iPhone 13 sempena jualan akhir tahun di Malakat Mall yang bermula esok.

CYBERJAYA – Malakat Mall menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus sempena Jualan Hujung Tahun 2021 yang bermula esok.

Selain peluang penjimatan, pengunjung yang berbelanja lebih daripada RM150 berpeluang memenangi sebuah iphone 13 dan pelbagai hadiah menarik.

“Malakat Mall akan memberikan diskaun habis-habisan sempena jualan hujung tahun bagi barangan di semua outlet milik Malakat Eco.

“Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Malakat Mall kerana anda akan untung berlipat kali ganda.

“Paling menarik adalah peluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan,” kata Malakat Mall dalam siaran Live di Facebook hari ini.

Outlet pakaian berjenama dan berkualiti tinggi di AnakJantan.

Antara outlet yang menawarkan potongan harga istimewa adalah DIY Malaya, butik beg Himawari, kedai alat tulis Conteng, IqraRead Bookstores, JojoShoes, Tahan Sports, AnakJantan, Karkuns, CoolKitchen dan banyak lagi.

Selain outlet-outlet milik Malakat Eco, hampir kesmua premis perniagaan di pusat beli belah itu menawarkan potongan harga kepada pengunjung.

“Dapatkan tawaran terbaik di butik-butik pakaian,
barangan bayi, baju sekolahan, barang mandian, barang kraftangan dan macam-macam lagi,” katanya.

Malakat Mall berkata, butik pakaian kasual TGM, menawarkan diskaun sehingga 80 peratus melalui jualan empat helai t-shirt pada harga RM100.

Pelbagai pilihan beg di outlet Himawari.

Di Himawari, pengunjung berpeluang memilih pelbagai jenis beg kasual yang ditawarkan dengan potongan 50 peratus.

“Beberapa outlet seperti Conteng dan IqraRead Bookstores juga menawarkan jualan penghabisan stok dengan harga terbaik,” katanya.

Turut mengambil bahagian dalam jualan hujung tahun Malakat Mall adalah Malakat Auto City yang menawarkan harga istimewa bagi minyak pelinciran enjin.

Sementara itu di Karkuns, pelbagai barangan Islamik seperti pakaian sembahyang, minyak wangi, berus sugi, tasbih, kopiah, buku agama ditawarkan dengan potongan 50 peratus.

“Antara yang menarik adalah tawaran dua bidang sejadah pada harga RM50 atau RM30 untuk satu.

“Semua gerai jualan ini boleh dikunjungi di lantai G Malakat Mall, Cyberjaya atau di outlet setiap jenama di tingkat atas,” katanya.

Butik pakaian BySerra di Malakat Mall.
Outlet Karkuns yang menawarkan barangan kelengkapan solat pada harga terbaik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here