PR1MA peruntuk RM5 juta bantu mangsa banjir

0
7
Sebahagian kakitangan PR1MA yang turut membantu mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini

CYBERJAYA – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menambah sebanyak RM3 juta lagibuntuk membantu Keluarga Malaysia yang terjejas dengan bencana alam baru-baru ini.

Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, bantuan tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk misi bantuan banjir oleh PR1MA sebanyak RM5 juta.

“Bantuan tambahan Bencana Banjir 2021 #PR1MAKita ini merupakan langkah yang diambil untuk meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir yang luar biasa ini selari dengan inisiatif yang diumumkan kerajaan.

“Memahami kepayahan mereka yang terjejas seperti kehilangan tempat tinggal, kerosakan harta benda, serta keadaan rumah yang dipenuhi lumpur, PR1MA akan menyalurkan bantuan tambahan seperti waterjet untuk membersihkan kawasan rumah yang terjejas, kelengkapan pembersihan diri, bantal, tilam dan selimut serta bakul makanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bantuan-bantuan itu akan disumbangkan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana alam itu.

Dalam pada itu, katanya, sebelum ini, PR1MA juga telah menggerakkan lebih 100 kakitangannya di Hulu Langat dan Taman Sri Muda, Shah Alam bagi kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa banjir.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Mohd Nazri Md. Shariff berkata PR1MA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan koordinasi dan gerak kerja yang teratur bagi kerja-kerja pembahagian barangan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

“Tidak lupa juga kepada pembeli kita yang terjejas, kami di PR1MA akan berhubung
dengan anda dan berharap dapat membantu anda sedaya mungkin,” katanya.

Katanya, untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi PR1MA di talian 03-76289898 atau e-mel ke [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here