PRN Melaka: 41 individu dikesan positif Covid-19

0
17
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh

JASIN – Seramai 41 individu dikesan positif Covid-19 dipercayai berpunca daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang diadakan pada 20 November lalu.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Kluster Pulau Gadong membabitkan kluster institusi pendidikan yang dilaporkan di daerah Melaka Tengah itu merupakan kes positif membabitkan pelajar dan tenaga pengajar di dua buah madrasah.

Menurutnya, kes indeks lelaki yang merupakan seorang tenaga pengajar itu tercetus apabila rentetan perjalanan individu tersebut mendapati dia terlibat dalam jentera PRN lalu dan bergejala sejak 21 November namun telah hadir mengajar di dua buah madrasah berkenaan pada 22 dan 23 November lalu.

“Kes indeks itu telah disahkan positif melalui ujian RT-PCR pada 25 November lalu.

“Pejabat Kesihatan Daerah Melaka pada 29 November telah menerima notifikasi bahawa terdapat empat pelajar madrasah itu yang positif melalui ujian RTK-AG Saliva Test Kit dan seterusnya lima pelajar positif melalui ujian RTK Saliva pada 30 November lalu,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, berikutan itu saringan telah dilakukan membabitkan seramai 185 individu, daripada jumlah itu, 41 dikesan positif manakala yang lain masih menunggu keputusan.

Menurutnya, setakat ini 32 kes positif membabitkan individu berusia bawah 19 tahun, lapan kes individu berusia 20 hingga 29 tahun dan seorang murid positif berusia bawah 9 tahun.

“Kedua-dua madrasah juga telah ditutup dan kita tidak benarkan mana-mana pihak untuk masuk, melainkan pihak berwajib,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here