PRN Sarawak: SPR terima 349 kertas percalonan

0
9
SPR

KUCHING- Sebanyak 349 kertas pencalonan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, sebanyak 10 parti dan 30 calon Bebas disahkan bertanding, dengan DUN Dudong mencatat rekod persaingan terbanyak iaitu lapan penjuru apabila tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi tadi.

“Penamaan calon sudah dijalankan di 82 pusat penamaan calon di seluruh Sarawak dan hanya dua borang ditolak melibatkan DUN Jemoreng dan Senadin.

“Terdapat dua calon termuda berusia 24 tahun dari DUN Batu Lintang dan Nangka manakala tertua berusia 79 tahun dari DUN Bawang Assan.

“Proses penamaan calon hari ini berjalan lancar dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berikutan penularan Covid-19 dan semua pihak yang terbabit mematuhi arahan yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar, Kuching hari ini.

Menurut Abdul Ghani, SPR juga menjangkakan 70 peratus keluar mengundi dan keputusan rasmi boleh diumumkan sebelum jam 12 tengah malam pada 18 Disember ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here