Produk kraftangan Sarawak di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

0
15
Noraini Danan menunjukkan produk kraftangan yang dijual di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC.

KUALA LUMPUR – Pengunjung Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia berpeluang untuk mendapatkan produk kraftangan unik dan asli dari Sarawak.

Usahawan Noraini Danan berkata, dia membawa khas kraftangan dari Sarawak itu bersempena penganjuran tersebut dan memdapat sambutan yang baik.

Beliau berkata, keunikan kraftangan tersebut ialah ianya diperbuat oleh orang tempatan dari Sarawak dengan menggunakan rotan dan pastinya berkualiti.

“Saya bawa kraftangan seperti bag, alat muzik, alatan dapur, mangkuk tingkat dan cenderahati yang diperbuat daripada rotan yang dijual di ruangan usahawan.

“Saya ‘terjun’ ke dalam bidang perniagaan kraftangan ini sejak 1998, Alhamdulillah saya dapat peluang untuk sertai Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

“Sambutan terhadap produk yang dibawa sangat baik, ramai yang singgah dan beli…mereka mungkin tahu kualiti kraftangan yang saya tampilkan,” katanya.

Noraini yang lebih popular dengan panggilan Nina Craft berkata, dia membawa lebih 20 jenis produk kraftangan di program tersebut dan dijual pada harga RM50 hingga RM550.

Katanya, produk yang paling laris dijual sepanjang dua hari program berlangsung ialah beg rotan yang berharga RM550 kerana ia mempunyai keunikan tersendiri.

Mengulas mengenai perniagaannya, Noraini berkata, pihaknya kadang kala tidak ‘cukup tangan’ untuk memenuhi permintaan pelanggan terutamanya dari luar negara.

“Biasanya pelancong dari China, Jepun dan Korea Selatan yang beli produk kraftangan ini…mereka ada guna untuk aktiviti harian mereka,” katanya.

Dalam Pada itu, Noraini berharap dia dapat menyertai lagi program seperi 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran kerajaan untuk memperkenalkan lagi produk kraftangan temptan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here