Projek pengindahan ROL siap 100 peratus, projek pembangunan dibuat secara berperingkat – Jalaluddin

0
30
Datuk Seri Jalaluddin Alias (kanan) menjawab pertanyaan Senator, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya di Dewan Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Proses pembangunan di kawasan sekitar Program River of Life (ROL) yang melibatkan jarak sepanjang 110 kilometer (km) akan dilaksanakan secara berperingkat.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, setakat ini komponen bagi program pembersihan sungai, ia telah mencapai 95 peratus manakala komponen pengindahan siap 100 peratus.

“Kerajaan sudah belanja sekitar RM4 bilion untuk projek ini, bagi komponen program pembersihan sungai kita sudah capai 95 peratus manakala untuk komponen pengindahan kita dah capai 100 peratus.

“Projek ini melibatkan sepanjang 110km sungai, dengan pengindahan melibatkan jarak 10.7km.

“Bagaimanapun, untuk program Sewerage Non River (SNR) ini melibatkan peningkatan dari semasa ke semasa untuk kita menaik taraf dan menaikkan pembangunan di sekitar projek ROL,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang meminta penjelasan bilakah kerja-kerja pembangunan tanah-tanah berpotensi di sepanjang sungai akan dimulakan supaya pelaburan RM4 billion kerajaan dapat dikutip balik.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, bagi program pengindahan, pihaknya telah berjaya menyiapkan 100 peratus kemudahan untuk beriadah seperti mengayuh basikal dan berlari.

Pada masa sama, katanya, proses pemasangan lampu untuk pengindahan kawasan juga telah siap 100 peratus untuk kegunaan serta keselesaan semua pihak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here