Pusaka Hanafi hantar sukarelawan bantu mangsa banjir

0
44
Pusaka Hanafi menghantar kira-kira 40 sukarelawan untuk membantu mangsa banjir

BANTING – Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi Malaysia) menghantar kira-kira 40 sukarelawan dalam misi bantuan pascabanjir di Taman Langat Utama 2, Banting di sini baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Arif Yakub berkata, kumpulan sukarelawan tersebut yang turut dibantu tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor membantu membersihkan rumah penduduk selain memberi sumbangan barangan seperti pakaian dan peralatan elektrik kepada mangsa banjir.

“Misi ini bertujuan membantu mangsa banjir dan menunjukkan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan adalah penting apabila berlaku bencana.

“Pasukan kami turut menggerakan bantuan ke Hulu Langat, Klang, Shah Alam dan Bentong, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, misi tersebut turut mendapat kerjasama beberapa NGO lain dari Johor.

Antaranya, katanya, Gabungan NGO Prihatin Johor, Persatuan Kebajikan Ekonomi Islam Melayu Bumiputera Negeri Johor, Melana Emergency Response Team, Skuad Wanita Melana Indah dan Pertubuhan Elit Group Johor.

Sementara itu, katanya, orang ramai yang berminat untuk menyumbang boleh menyalurkan kepada persatuan tersebut melalui akaun Maybank 562142419588 dengan meletakkan rujukan Dana Prihatin Banjir atau menghubungi talian di 019-3609625.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here