#QuranHour angkat bapa sebagai model Keluarga Malaysia

0
19
Peserta program #QuranHour yang hadir pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

KUALA LUMPUR – #QuranHour sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini mengangkat martabat dan peranan bagai sebagai figura dalam aspirasi ‘Keluarga Malaysia’.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWM) itu berlangsung pada pukul 10.30 pagi hingga12 tengah hari tadi.

Program menampilkan bacaan Al-Quran yang diselang-selikan dengan sesi tadabbur yang disertai kira-kira 300 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, penggerak Al-Quran, pelajar tahfiz dan orang ramai.

Ketua Pegawai Ekzekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Keluarga Malaysia #QuranHour bertujuan mengajak orang ramai untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan yang menjadi model kepada institusi kekeluarga.

Marhaini Yusoff

Beliau berkata, program itu mengangkat peranan bapa seperti yang diterapkan dalam ajaran Islam untuk dijadikan model dalam pembentukan Keluarga Malaysia.

“Kita perlu bina keluarga melalui kerangka fikir dan karakter diri dengan nilai Al-Quran dan Sunnah seterusnya menjadikan negara ini sebagai ‘baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur’ (negeri yang baik dan Rabb yang Maha Pengampun),” katanya.

Marhaini berkata demikian pada perasmian #QuranHour sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di sini hari ini.

Hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah DasarJakim, Hakimah Mohd Yusoff dan Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KPWKM, Dr Hishamudin Hashim.

Peserta program #QuranHour yang hadir pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Program itu menampilkan lima pentadabbur dan enam qari yang memberi pengisian selama sejam.

Marhaini berkata, program bertemakan ‘Masuk Syurga Sekeluarga’ itu diharap akan mencapai sasaran serta kempen menQurankan bangsa dan Mengikhlaskan Ummah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here