Ramalan ‘kepala’ dan ‘ekor’ ribut tidak benar

0
167

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan ‘kepala ribut’ yang sedang tular di platform media sosial dan aplikasi WhatApps ketika ini.

MET Malaysia dalam satu kenyataan menegaskan bahawa penyebaran berita itu adalah palsu dan tidak sahih justeru meminta orang ramai supaya tidak menyebarkannya.

“Orang ramai juga diingatkan mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638,” katanya hari ini.

MET Malaysia juga memberitahu bahawa pihaknya akan mengeluarkan amaran awal sekiranya ada cuaca buruk yang boleh memberi kesan kepada negara contohnya hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora. 

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi khidmat pesanan ringkas atau media sosial kerana bersalahan dengan Seksyen 211 dan 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya,” menurut SKMM.

Beberapa portal baru-baru ini melaporkan fenomena kepala ribut yang bakal melanda negara ini termasuk jangkaan kesan jauh lebih buruk

Hujan lebat yang menyebabkan bencana banjir beberapa hari lalu dikatakan baharu sahaja kesan daripada ‘ekor’ ribut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here