Rebat elektrik bil bulan Disember bagi mangsa banjir

0
17

CYBERJAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberikan rebat sebanyak 100 peratus bagi bil elektrik bulan Disember kepada kira-kira 72,000 mangsa banjir.

Menurut portal Malaysia Gazette, bantuan berbentuk sekali beri itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, hari ini.

“Manfaat rebat itu diberikan oleh TNB untuk kediaman sahaja dan tidak melibatkan kilang,” katanya selepas meninjau kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) pula akan menyediakan servis menunda kenderaan secara percuma bagi kenderaan jenama itu berdasarkan faedah insurans.

Manakala bayaran upah buruh untuk membaiki dan servis kenderaan yang dihantar ke pusat servis itu adalah percuma dan bayaran alat ganti pula diberikan diskaun 50 peratus.

Difahamkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz akan berunding beberapa lagi syarikat kereta termasuk Proton Holdings Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here