Remaja 15 tahun dibicarakan sebagai orang dewasa

0
25
Ethan Crumbley

MICHIGAN – Seorang remaja berusia 15 tahun dituduh melakukan keganasan dan membunuh 4 individu susulan kejadian tembakan di sekolah tinggi di bandar Oxford, baru-baru ini.

Menurut Sky News, Ethan Crumbley yang dibicarakan sebagai seorang dewasa, turut menerima tujuh pertujuhan melakukan serangan dengan niat membunuh.

Pendakwaraya Karen McDonald tidak menyebut motif sebenar kejadian, tetapi berkata pihaknya yakin dapat membuktikan serangan itu sudah dirancang.

“Kami yakin dia bersalah, kerana terdapat banyak bukti digital yang berjaya kami kumpulkan,” kata McDonald dalam sidang akhbar kepada media, semalam.

Jurucakap polis, Leftenan Tim Willis terdahulu dilaporkan memberi kenyataan bahawa Crumbley merakamkan satu video pada malam sebelum kejadian di mana dia bercakap mengenai pembunuhan pelajar lain.

Dalam serangan ganas pada Selasa lalu, 3 remaja terbunuh di tempat kejadian manakala 8 lagi termasuk seorang guru, tercedera.

Seorang lagi mangsa berusia 17 tahun meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here