Ribuan pengunjung banjiri Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC

0
68

KUALA LUMPUR – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang menjadi tuan rumah kepada program 100 Hari Aspirasi Malaysia di sini dibanjiri ribuan pengunjung yang hadir seawal 8.30 pagi ini.

Tinjauan Malakat Tribune mendapati laluan masuk utama dipenuhi ribuan pelawat yang beratur untuk memasuki dewan pameran.

Aliran keluar masuk pengunjung dilaksana dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Tarikan utama adalah pembukaan kaunter bayaran saman oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Orang ramai untuk membayar saman sempena tawaran diskaun 80 peratus.

Program selama empat hari yang dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam itu menyediakan pelbagai acara dan tarikan termasuk pelancongan, sains dan teknologi, kesihatan, kejuruteraan dan hiburan.

Antara gerai pameran yang tersedia termasuk karnival kerjaya, gerai usahawan, persembahan seni dan budaya, gerai kementerian dan agensi-agensi kerajaan, permainan tradisional dan e-sports.

Kemuncak hari pertama Hari Aspirasi Malaysia adalah perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob pada pukul 3 petang ini.

Permainan congkak, dam dan Batu Seremban yang disediakan oleh agensi kerajaan di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here