Ribut petir di Melaka dan tujuh daerah di Selangor, Johor dan Sarawak

0
111
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Melaka, dan tujuh daerah di Selangor, Johor dan Sarawak pagi ini.

Jabatan Metreologi Mlaaysia (MetMalaysia) dalam kenyatannya berkata, daerah terlibat di Selangor adalah Kuala Selangor dan Klang.

“Johor pula melibatkan Tangkak, Muar dan Batu Pahat. Sarawak di Mukah (Dalat dan Mukah) dan Kapit (Kapit dan Bukit Mabong),” kata MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here