Rogol amah: ADUN Tronoh diarah bela diri

0
68
Paul Yong Choo Kiong tiba di perkarangan mahkamah hari ini

IPOH – Bekas exco Perak, Paul Yong Choo Kiong diarah membela diri atas tuduhan merogol seoran pembantu rumah warga Indonesia pada 2019.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Abdul Wahab Mohamed di sini hari ini.

Menurut laporan BH Online, Abdul Wahab berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie terhadap Adun Tronoh berkenaan.

Yong, 51, didakwa merogol wanita terbabit -yang berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Meru Desa antara 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Pada 23 Ogos 2019 lalu Yong yang juga ADUN Tronoh mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan kepadanya. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. Jika disabitkan dengan kesalahan itu Yong boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here