Rompakan RM700,000: Pegawai SPRM ditahan reman

0
92

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia mengesahkan penahanan reman dua individu termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua lelaki tersebut ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi masing-masing selama selama tiga dan empat hari.

“Seramai 12 individu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes rompakan membabitkan kerugian RM700,000 itu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan SPRM mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis selepas disyaki terlibat kes rompakan berkumpulan di sebuah kediaman di Jalan Ampang di sini, semalam.

Rompakan yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu membabitkan seorang ahli perniagaan warga China dengan kerugian mencecah RM1 juta.

Siasatan awal polis mendapati tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa sebelum memecah masuk rumah mangsa.

Dua daripada suspek termasuk seorang pegawai penguat kuasa masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an ditahan manakala, seorang lagi masih diburu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here