‘Saari Sungib jangan jadi batu api’ – tempelak Shahril Sufian

0
68
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sentiasa prihatin dan mengambil berat nasib mangsa banjir sejak hari pertama banjir besar melanda Selangor dan Kuala Lumpur, pada 18 Disember lalu.

CYBERJAYA – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menempelak kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib yang sengaja mahu menjadi batu api dengan mendakwa Perdana Menteri lewat bertindak menguruskan bencana banjir yang melanda Lembah Klang baru-baru ini.

Shahril berkata, dakwaan yang dibuat ADUN tersebut adalah tidak benar dan tidak berasaskan fakta.

Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bertindak awal iaitu sehari sebelum banjir melanda beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Pada Hari Jumaat, 17 Disember lalu, Agensi Pengurusan Bencana telah beri taklimat mengenai taburan hujan yang jarang berlaku hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

“Sehabisnya taklimat tersebut, Perdana Menteri mengarahkan segala Kementerian berkaitan, Kementerian Pertahanan, KPKT, agensi-agensi di bawah JPM, Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menggerakkan aset bagi tujuan operasi menyelamat, mengurus, dan menyelaras di semua kawasan.

“Kawasan saya sendiri Kuala Langat, sudah bersedia untuk menerima mangsa semenjak pagi hari Sabtu dan anggota RELA, KKM, serta JKM telah pun mula menguruskan mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Katanya, tuduhan bahawa Perdana Menteri tidak berbuat apa-apa juga adalah tidak benar.

Beliau berkata, pada Sabtu malam iaitu hari pertama banjir melanda, Perdana Menteri telah bergegas ke pusat kawalan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras tugasan dan tindakan yang perlu diambil bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Shahril berkata, kemudian Perdana Menteri membuat lawatan ke Bukit Lanchung di Putra Heights bagi memastikan agar aset-aset kerajaan segera pindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain itu, katanya, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa peruntukan kepada mangsa banjir antaranya peruntukan awal sebanyak RM100 juta untuk pemulihan infrastruktur pasca banjir, bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000, geran padanan melalui GLC/GLIC sebanyak RM40 juta dan penempatan anggota kesihatan dan kemudahan asas di setiap PPS.

Shahril Sufian membantu jentera BN dan UMNO menghantar bekalan makanan serta keperluan asas lain kepada mangsa banjir di Lembah Klang baru-baru ini.

Sehubungan itu, Shahril menggesa supaya Saari supaya tidak bertidak melepaskan tangan dan hanya ingin menunding jari kepada pihak lain tanpa mengambil apa-apa tanggungjawab bagi diri sendiri.

“Sekarang ini masanya untuk kita sebagai pengamal politik yang diberikan amanah dan tanggungjawab memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Bukan menaikkan kemarahan rakyat dan tuduh menuduh.

“Kenyataan Saari Sungib seolah-olah PM bertindak in ‘bad faith’ dan ‘mala fide’. Tuduhan ini tuduhan yang amat berat dan hujah yang digunakan oleh Saari Sungib adalah ini kerana Pengerusi MKN Selangor bukan MB Selangor.

“Saya tak mahu politikkan isu ini tetapi Pahang dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah. Meskipun begitu, keadaan terkawal kerana Menteri Besarnya bertindak awal dan telah pun bersedia untuk menghadapi banjir. Malah, beliau sendiri meninjau semua kawasan yang dilanda banjir,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here