Saman JPJ juga dilanjutkan sehingga 31 Disember

0
15
Temoph diskaun PDRM dan JPJ yang berakhir pada 12 Disember lalu kini dilanjutkan sehingga 31 Disember.

KUALA LUMPUR – Selepas lanjutan tempoh bayaran saman dengan diskaun 80 peratus yang diumumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), tawaran yang sama turut diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JP dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, tempoh bayaran bagi semua semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) dilanjutakan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, lanjutan tempoh itu dibuat susulan sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berakhir pada Ahad lalu.

Menurut JPJ, tawaran itu bagaimanapun tidak terpakai bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap dan perbicaraan.

“Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, pesalah dikehendaki untuk hadir sendiri ke kaunter JPJ, bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum menikmati diskaun saman yabg diberikan.

“Kemudahan pembayaran saman ini adalah melibatkan semua Kaunter di Pejabat JPJ seluruh negara termasuk kios, Mobile JPJ, dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Urusan transaksi tersebut boleh dilakukan bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang (termasuk hujung minggu), manakala bagi UTC, waktu pengoperasian adalah tertakluk kepada arahan MOF,” katanya.

Katanya, transaksi pembayaran juga boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here