Sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran tidak dibenarkan-KJ

0
16
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR- Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Namun Khairy berkata, sambutan Tahun Baharu dan Krismas secara kecil-kecilan dan persendirian dibenarkan buat masa ini dengan syarat, pengunjung perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan tersebut.

“Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan. Tetapi buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas bersama keluarga dan rakan-rakan adalah dibenarkan.

“Namun, mereka perlu membuat ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan terbabit,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu hari ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan mengesan kes Covid-19 varian Omicron kedua di negara ini membabitkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang menetap di Lagos, Nigeria.

Khairy memberitahu, pesakit bersama ibu dan adik perempuannya tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember lalu sebelum disahkan positif Covid-19 dua hari selepas itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here