“Saya bangga dengan Malakat Mall”

0
43

CYBERJAYA – “Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya amat bangga dengan Malakat Mall kerana kita sudah miliki satu bangunan (pusat beli belah milik Muslim) yang boleh dibanggakan.”

Demikian kata-kata Pengasas Akademi Diwan ar-Rital, Ustazah Haniah Salwana Abdul Rahim selepas tamat majlis Gema Quran di pusat beli belah itu, siang tadi.

Beliau turut menyuarakan harapan supaya Malakat Mall dapat memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran dakwah terutamanya dalam meningkatkan tahap keimanan seorang Muslim.

“Saya melihat sendiri, laungan azan (bila masuk waktu), dan juga solat jemaah, diadakan bukan semata-mata sebagai pelengkap acara, tetapi sebagai menyahut seruan Allah,” katanya lagi.

Berkenaan majlis Gema Quran, Ustazah Haniah berharap supaya ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan dianjurkan dengan lebih lama.

“Sebelum ini, saya hanya (mengajar) dari rumah (menerusi media sosial). Ini kali pertama saya dapat hadir ke Malakat Mall, dan (mengajar) khalayak ramai.

“Saya berharap supaya majlis sebegini dapat diadakan laggi pada masa akan datang, dengan masa yang lebih panjang,” katanya lagi.

Majlis Gema Quran ini dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dengan tujuan sebagai pengisian jiwa khusus kepada orang-orang Islam dan memperbetulkan bacaan Quran mereka.

Hadir merasmikan majlis adalah Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ataupun lebih dikenali sebagai Toqqi.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Malakat Eco, Adzhar Mohd Noor; Penasihat PPIM, Datin Che Roslina Che Othman, dan Vince Focarelli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here