Segmen padanan perniagaan AKM capai potensi jualan RM3 juta

0
42
Segmen Padanan Perniagaan di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC

KUALA LUMPUR- Segmen padanan perniagaan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia telah mencapai sasaran pada hari pertama penganjuran.

Urusetia Padanan Perniagaan, Zulkarnain Zainol Abidin berkata, pihaknya telah mencapai potensi jualan sebanyak RM3 juta pada hari pertama iaitu telah mencapai sasaran yang ditetapkan untuk empat hari.

Zulkarnain Zainol Abidin

“Untuk segmen padanan perniagaan ini sebenarnya kita sasarkan potensi jualan RM3 juta untuk empat hari, namun sambutan yang baik menyaksikan kita telah capai sasaran pada hari pertama lagi.

“Sehingga semalam, sebanyak 37 sesi pemadanan perniagaan telah berjalan dan jumlah itu makin bertambah pada hari ini. Saya percaya kita akan mendapat potensi jualan yang luar jangka pada program ini,” katanya.

Beliu berkata demikian ketika ditemui Malakat Tribune bagi mengulas mengenai perkembangan semasa segmen padanan perniagaan di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC hari ini.

Menurut Zulkarnain, pihaknya menjemput banyak agensi dan syarikat untuk sertai sesi libat urus pemadannan perniagaan tersebut yang dapat membuka ruang lebih luas kepada para usahawan.

Segmen Padanan Perniagaan mendapat sambutan

Beliau berkata, pihaknya turut menjemput bahagian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memberi pendedahan dan pencerahan dalam soal halal kepada usahawan.

Sementara itu katanya, penglibatan syarikat Nusantara Sino Global Holding juga banyak membantu usahawan yang datang ke segmen padanan perniagaan untuk memasarkan produk masing-masing ke luar negara.

“Ada usahawan yang datang berminat untuk pasarkan produk mereka ke luar negara terutamanya ke negara Asia, jadi melalui bantuan Nusantara Sino Global Holding, hasrat itu tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, seorang usahawan, Nor Azizi Ismail berkata, sesi pemadanan pernigaan amat baik dan memberi peluang kepada untuk meluaskan lagi perniagaannya dalam bidang bioteknologi.

Katanya, dia mendapat tahu segmen berkenaan ada di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia menerusi hebahan yang dibuat di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here