Sekali cuba, sudah jatuh cinta dengan Tea Amo

0
57
Pelanggan bergambar dengan air Tea Amo semasa majlis perasmian Tea Amo di Shell Taman Greenwood di sini hari ini.

GOMBAK – ‘Kali pertama minum, saya sudah jatuh cinta’, itu reaksi Mazlina Mat Hussin,39, apabila diminta memberikan reaksi selepas mencuba minuman Tea Amo.

Mazlina berkata, pada mulanya dia hanya sekadar ingin mencuba namun, tidak menyangka rasa nikmat Tea Amo melekat sehingga ingin mencuba lagi.

Mazlina Mat Hussin

“Ini kali pertama saya minum air sebegini yang dicampur dengan taufa, sangat sedap. Apabila minum, sangat ‘lembut’ rasanya sehingga tidak tahu nak cakap apa.

“Jika datang ke sini lagi, saya wajib beli. Sedap sangat…saya juga harap Tea Amo akan buka lebih banyak cawangan selepas ini.

“Saya akan ceritakan tentang Tea Amo kepada rakan-rakan dan juga keluarga, orang kata, kalau sedap kita kena kongsikan untuk semua,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Tea Amo di Shell Taman Greenwood di sini hari ini.

Perasmian wagon Tea Amo pertama di stesen minyak Shell dan merupakan yang ke-10 itu adalah sebahagian daripada kerjasama Malakat Eco dengan Shell Trading Sdn Bhd.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan @ Tokki bersama Pengarah Urusan Shell Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Selain itu, pelanggan yang juga peminat Tea Amo, Ahmad Nazrin Abu Bakar berkata, beliau bersyukur dengan pembukaan outlet di stesen Shell yang terletak berhampiran dengan pejabatnya.

Ahmad Nazrin Abu Bakar

“Saya sudah lama kenal Tea Amo selepas beberapa kali berkunjung ke Malakat Mall di Cyberjaya. 

“Pada saya produk ini akan diterima baik oleh masyarakat di Gombak kerana rasanya yang memang sedap dan harga yang berpatutan,” katanya.

Nazrin yang merupakan peguam Syarie di firma Messrs Nazrin & Izzat berkata, sebagai salah seorang pemilik syer Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM), beliau akan terus memberikan sokongan kepada Tea Amo.

Nurul Asyikin Abdul Hamid

Selain itu, Nurul Asyikin Abdul Hamid, 35, berkata, dia sebelum ini sudah banyak kali mencuba variasi air keluaran Tea Amo namun, tidak pernah puas.

“Air Tea Amo sangat sedap, minum sekali kita macam mahu lagi…bagi yang belum merasa, anda patut cuba kelainan yang ditampilkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here