Sekolah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan

0
63
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah terbabit adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas menolak saman yang dikemukakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), lapor Berita Harian.

Ketiga-tiga pertubuhan itu memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa seksyen 2,17 dan 28 dalam Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan penggunaan dua bahasa terbabit di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan peruntukan 152(1)(a) perlembagaan.

Mereka juga memohon perisytiharan kewujudan dan penubuhan sekolah terbabit bertentangan dengan perlembagaan.

Mohd Nazlan dalam penghakimannya berkata penggunaan bahasa lain selain Bahasa Malaysia tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah venakular bukanlah satu badan statutori atau pihak berkuasa tempatan yang wajib menggunakan bahasa kebangsaan.

Katanya, sekolah vernakular juga dilindungi oleh perlembagaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here