Selamat Hari Natal, jangan dilupakan kepada mereka ditimpa musibah – PM

0
10
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian di seluruh negara.

“Walaupun Hari Natal merupakan hari kegembiraan namun jangan lupa kepada Keluarga Malaysia yang sedang ditimpa musibah banjir dan sebagainya.

“Juga jaga prosedur operasi standard (SOP) supaya kita sama-sama dapat mengelakkan sebarang jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya hari ini.

Sambutan Hari Natal hari ini disambut dengan suasana sedih apabila banjir besar yang melanda beberapa daerah di Selangor, Pahang dan beberapa lokasi lain telah meragut 46 nyawa dan lima lagi masih hilang.

Selain itu, banjir besar itu turut memusnahkan ribuan harta benda termasuk kediaman, kenderaan dan lain-lain.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here