Sembilan jadi korban banjir di Shah Alam

0
38
Banjir besar di beberapa daerah di Selangor yang menenggelamkan kediaman puluhan ribu mangsa.

CYBERJAYA – Jumlah mangsa yang lemas akibat banjir di Shah Alam meningkat kepada sembilan orang apabila tujuh lagi mangsa ditemui setakat malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa yang terkorban melibatkan tiga wanita dan enam lelaki.

“Bagi mangsa wanita, dua daripadanya disahkan sebagai warga tempatan dan seorang lagi belum dikenal pasti.

“Bagi mangsa lelaki pula, dua dikenalpasti warga tempatan, seorang warga India dan selebihnya belum dikenalpasti,” katanya dalam kenyataan di hari ini.

Baharudin Mat Taib

Menjelaskan penemuan korban banjir itu, Baharudin berkata, mayat seorang lelaki warga India ditemui di lampu isyarat Kemuning Utama Seksyen 33, Alam pada pukul 4.15 petang.

Manakala pada sebelah malam hari yang sama, satu lagi mayat lelaki ditemui di Jalan Utama menuju masuk ke Alam Idaman Seksyen 22.

Semalam pada pukul 12.39 pagi, seorang lagi mangsa ditemui di Pekan Sri Muda dengan identiti yang masih belum dikenal pasti.

Pada 5.17 pagi pula, satu mangsa perempuan juga tidak pasti identiti ditemui di perumahan Persiaran Budiman.

Pada 8 pagi, mayat soerang lelaki tidak diketahui bangsa ditemui di Subtek Bencana, Seksyen 25.

Beliau berkata, pada 9.39 pagi, mayat seorang lelaki ditemui di dalam longkang di bawah Lebuhraya Elite berhadapan MSU Seksyen 13.

Jelas beliau, dua mangsa perempuan pula ditemui di rumah teres Seksyen 25 pada 4 petang, manakala mayat terakhir semalam adalah satu lelaki di Subtek Bencana Seksyen 25 pada 7.40 malam.

“Polis menggesa dan menasihatkan semua lapisan masyarakat supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga.

“Pada masa sama, masyarakat dinasihatkan sentiasa siap siaga menghadapi segala kemungkinan akibat banjir.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan banjir atau penemuan mayat mangsa banjir, ke Bilik Gerakan IPD Shah Alam di talian 03-55202000/ 03-55202022 untuk tindakan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here