Seorang pemandu lori, sebuah Veilfire dikhuatiri terperangkap tanah runtuh

0
133
Pihak Bomba melakukan kerja menyelamat dan mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini petang tadi.

IPOH – Seorang pemandu lori dikhuatiri terperangkap dalam sebuah lori pada kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini petang tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai sedang memandu sebuah lori dengan muatan sayur-sayuran daripada Cameron Highland di Pahang.

“Ada dua jengkaut digunakan di sebelah Simpang Pulai dan satu jengkaut kita minta bantuan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKE) Cameron highland.

“Usaha sedang dibuat untuk terus menyelamat mangsa yang kita percaya masih terperangkap di tempat kejadian,” katanya memetik laporan Suara Perak.

Sementara itu Mior Faridalathrash berkata pihak Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM) telah diminta untuk membuat pemantauan pergerakan tanah dengan menggunakan dron sepanjang kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan.

Kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini petang tadi.

Pada masa sama Mior Faridalathrash memberitahu laluan Cameron Highlands-Simpang Pulai telah ditutup untuk kenderaan awam.

Walau bagaimanapun katanya pemandu boleh menggunakan laluan Cameron Highlands-Tapah yang telah dibuka sebagai laluan alternatif.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan terdapat juga sebuah kereta jenis Veilfire turut dikhuatiri tertimbus.

Walau bagaimanapun identiti dan jumlah mangsa dalam kenderaan berkenaan masih belum dikenal pasti.

Terdahulu JBPM Perak memberitahu menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tanah runtuh berkenaan kira-kira jam 1.44 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here