Seribu satu kisah di Nanding

0
396
Rakaman udara menunjukkan kedudukan Taman Sri Nanding yang terletak di tepi Sungai Langat.

TIGA ratus meter dari udara, semuanya nampak kemas dan teratur, tiada cacat cela pada penempatan di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Itulah pemandangan biasa orang luar atau mungkin juga kebanyakan pemimpin. Semuanya nampak elok-elok sahaja di sini.

Namun di lantai penempatan ribuan manusia yang bertapak sejak lebih 30 tahun ini, keadaannya sama sekali berbeza. Derita, kelam-kabut dan sudah pasti begitu banyak kesedihan yang tidak dikongsi sepenuhnya bersama penduduk negara ini. Mereka terkena teruk kali ini.

Kejadian banjir pada lewat petang 18 Disember lalu juga tidak sama dengan limpahan air yang berlaku sebelum-sebelum ini. Semuanya tanpa persediaan dan sudah tentu setiap keluarga mempunyai kisah tersendiri.

Berikut rakaman selepas tragedi yang mungkin memberi sedikit gambaran malapetaka yang berlaku di Taman Sri Nanding (TSN), Hulu Langat dan beberapa buah lagi kampung melanjut di hulu Sungai Langat.

Mohd. Ridzuan Bakar, peniaga Nasi Dagang bersama 7 kenderaan milik keluarga yang musnah ditenggelami air.
Mohd. Ridzuan Bakar, mengisi perut di depan rumah yang tenggelam di paras bumbung semasa kejadian 18 Disember lalu.
Penduduk TSN berehat seketika selepas kepenatan membersihkan rumah.
Mangsa banjir membersihkan peralatan menjahir milik orang tuanya di TSN, Hulu Langat.
Sisa-sisa lumpur yang ditinggalkan banjir di kawasan deret kedai TSN, Hulu Langat.
Penduduk keluar mendapatkan peralatan membersih rumah.
Kesan daripada banjir lumpur yang menenggelamkan TSN, Hulu Langat.
Sebahagian daripada ratusan sukarelawan yang hadir membantu penduduk di TSN, HUlu Langat.
Sebahagian daripada ratusan sukarelawan yang hadir membantu penduduk di TSN, HUlu Langat.
Penduduk menerima barangan sumbangan daripada pihak NGO dan korporat yang turun membantu.
Kerja-kerja pembersihan di lorong-lorong taman.
Penduduk mengutip barang yang dirasakan masih boleh digunakan.
Timbunan barangan dan peralatan rumah yang terpaksa dibuang oleh penduduk selepas ditenggelami banjir.
Pekerja kontrak Pihak Berkuasa Tempatan melakukan kerja-kerja pembersihan barangan yang dibuang penduduk.
Orang ramai mengangkut barangan yang disumbang oleh NGO dan pihak swasta di TSN, Hulu Langat.
Bumbung surau yang menjadi tempat pelindungan kira-kira 100 penduduk TSN pada malam kejadian.
Kesan hakisan akibat air deras pada struktur Jalan Sungai Lui, Hulu Langat.
Mangsa amukan alam.
Kanak-kanak di Kampung Jawa, Jalan Sungai Lui, Hulu Langat membersihkan kasut yang digunakan untuk mengemas rumah.
Kanak-kanak bermain di tepi tebing Sungai Langat yang terhakis terus akibat banjir besar pada 18 Disember lalu.
Sebahagian daripada kenderaan penduduk Kampung Jawa, Jalan Sungai Lui, Hulu Langat yang dihanyutkan arus bercampur lumpur dalam banjir pada 18 Disember lalu.
Penduduk di Kampung Jawa, Jalan Sungai Lui, Hulu Langat mengemas barang-barang selepas banjir. Dalam kejadian itu rumah mereka yang terletak berhampiran sungai tenggelam sepenuhnya.
Kanak-kanak bermain berhampiran kereta yang musnah dihanyutkan arus deras Sungai Langat di Kampung Jawa.
Penduduk Kampung Jawa, Hulu Langat terteduh di khemah pengumpulan barang-barang keperluan yang disumbang oleh pelbagai pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here