‘Siapa ada hajat boleh tuliskan’ – Ebit

0
53
Ebit Lew bergambar di hadapan Kaabah, Mekah

CYBERJAYA – Selepas tamat misi dakwah di Brazil, pendakwah terkenal, Ebit Lew kini berada di Mekah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah.

Dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya, Ebit berkata, beliau telah selesai menunaikan umrah yang pertama hari ini.

“Alhamdulillah. Syukur selesai umrah pertama.

“Siapa ada hajat boleh tuliskan. Semoga Allah kabulkan doa kita semua. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang sentiasa kabulkan semua doa,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Ebit turut memuat naik sekeping gambar dengan berpakaian ihram dan berlatar belakangkan Kaabah di Mekah.

Semalam, Ebit membuat satu hantaran dalam sosial sama ketika perjalanannya ke Madinah dari Brazil.

Pendakwah terkenal itu sebelum ini dalam misi dakwah dan membantu penduduk miskin di negara Amerika Selatan itu.

Sepanjang misi dakwah di Brazil, beliau turut menunjukkan beberapa keping gambar sisi gelap di negara yang sangat terkenal dengan sukan bola sepak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here