Sidang akhbar sokong Perdana Menteri diadakan petang ini

0
225
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) akan mengadakan satu sidang akhbar untuk menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang ini.

Dalam satu jemputan media yang diterima melalui aplikasi WhatsApp, sidang akhbar tersebut akan diadakan pada pukul 6 petang ini di bangunan Parlimen.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai sidang akhbar tersebut.

Sebagai rujukan, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi BBC yang baharu menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here