SRC: Mahkamah Rayuan setuju keputusan Mahkamah tinggi sabitkan Najib

0
105
Datuk Seri Najib Tun Razak


PUTRAJAYA- Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib Razak atas tuduhan salah guna kuasa berhubung kes SRC International.

Ini berdasarkan keputusan sebulat suara yang sedang dibacakan oleh Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan

Tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah Rayuan hari ini juga memaklumkan hakim mahkamah tinggi tidak tersalah arah dalam memerintahkan Najib membela diri terhadap tujuh tuduhan kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd.

Abdul Karim, berkata Mahkamah Rayuan dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa perayu mempunyai kepentingan peribadi dalam kelulusan kabinet bagi pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan mahkamah tinggi bahawa Najib adalah pengarah bayangan SRC, beliau melantik pengarah dalam syarikat itu dan menandatangani surat pelantikan.

“Disebabkan itu semua pengarah mematuhi arahan Najib di mana tiada bukti menunjukkan bahawa mereka tidak mematuhi keputusan berkenaan,” katanya.

Berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here