Sri Muda kembali bercahaya, 121 kawasan di Selangor terima bekalan elektrik

0
19
Sri Muda kembakli bercaya-Gambar yang dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Faceboonya.

CYBERJAYA – Sri Muda kembali bercaya malam ini (semalam),” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri dalam hantaran di laman Facebooknya semalam juga turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja TNB.

“Sri Muda kembali bercahaya malam ini (semalam). Terima kasih seluruh warga kerja TNB,” kata Ismail Sabri di laman Facebooknya.

Sementara itu, TNB menerusi Facebook TNB Careline memaklumkan, sebanyak 121 kawasan di Selangor mula menerima bekalan elektrik sejak pukul 12 tengah malam tadi.

Selain itu katanya, terdapat sebanyak 210 kawasan belum menerima bekalan elektrik iaitu 92 di Shah Alam, Sepang (45), Banting (44), Klang (18), Kuala Selangor (10) dan Banting (satu).

Menurutnya, jika banjir sudah surut tetapi kawasan terbabit belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.

“Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here