
CYBERJAYA – Yayasan Brainy Bunch semalam menggerakkan para sukarelawannya bagi membantu mangsa banjir di beberapa buah lokasi yang terjejas.
Antara kawasan yang dimasuki termasuk Kampung Sri Aman Hilir di Puchong, malam tadi.

Antara barangan yang diagihkan termasuk bekalan makanan kering dan makanan bermasak, dan juga pakaian.
Barangan yang diagihkan merupakan hasil sumbangan sumbangan orang ramai yang dikumpulkan di Malakat Mall, dan juga sumber yayasan sendiri.

Diketuai oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan, Malakat Eco, Adzhar Mohd Noor, para sukarelawan yang terdiri daripada para guru Brainy Bunch dan kakitangan lain dalam Kumpulan Malakat Eco, terpaksa menggunakan bot bagi membawa masuk bekalan kerana kawasan tersebut masih digenangi air sedalam kira-kira 1 meter (m).
Sementara itu, Kampus Brainy Bunch International Islamic School di sini sudah mula menerima mangsa banjir bagi ditempatkan secara sementara.
Setakat pukul 11 malam tadi, seramai 41 individu telahpun mendaftarkan diri untuk berlindung di kampus tersebut.