Suspek amang seksual kanak-kanak diberkas polis

0
89
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dalam kejadian di Taman Teratai di sini, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada pukul 4.45 petang di kawasan Kangkar Baru, Yong Peng oleh pasukan khas dari cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Johor.

Katanya, dalam kejadian itu pada pukul 5.30 petang itu, mangsa yang berada di hadapan rumah dilarikan suspek dengan menaiki sebuah kereta Proton Waja bewarna kelabu.

Ayob Khan berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang melarikan mangsa ke kawasan Stulang Laut turut melakukan samun terhadap seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU).

“Mangsa OKU berumur dalam lingkungan 20 tahun itu dianggarkan kerugian RM500. Mangsa turut diarahkan suspek merakam perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di dalam kereta yang dipandu oleh suspek.

“Suspek kemudian meninggalkan lelaki OKU terbabit di tepi jalan Stulang Laut dalam keadaan selamat, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, mangsa seorang kanak-kanak perempuan ditemui orang ramai dalam keadaan ketakutan berhampiran kedai makan di Kangkar Pulaui.

Menurut Ayob Khan, suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 20 Disember depan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 392 kanun keseksaan, seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan seksyen 363 kanun keseksaan,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here