Tanah runtuh: Kesemua penghuni blok asrama UIAM dipindahkan

0
83
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian tanah runtuh di blok asrama UIAM di Gombak. – FB Roslan Rusly.

GOMBAK – Penghuni salah sebuah blok asrama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini dikejutkan dengan kejadian hakisan yang dikesan di tingkat bawah bangunan sejak semalam.

Pengarah Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi, Harmi Taazim Mohamad berkata, ekoran kejadian itu, pihak pentadbiran universiti telah mengarahkan kesemua pelajar yang menghuni blok asrama itu berpindah.

“Kejadian itu disedari petang semalam selepas mendapat maklumat daripada pelajar.

“Semua 138 orang pelajar yang menghuni blok itu telah dipindahkan apa apa-apa kejadian tidak diingini,” katanya.

Harmi berkata, kejadian melibatkan runtuhan pada bahagian tanah dipercayai ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Semalam, tular beberapa keping gambar di laman Facebook yang menunjukkan runtuhan pada tapak blok bangunan yang dibina di lereng berbukit itu.

Bagaimanapun katanya, pihak universiti telah memaklumkan kejadian itu kepada bomba dan Jabatan Kerja Raya untuk tindakan lanjut.

“Demi keselamatan para pelajar, kami sudah menyerahkan siasatan kejadian ini kepada bomba dan JKR untuk menentukan tahap keselamatan bangunan ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here