Tanpa sokongan Malakat Eco, ini belum tentu realiti

0
41
Zuriana Mohmed Zuhri di depan wagon Tea Amo miliknya di Stesen Minyak Shell Taman Greenwood, Gombak hari ini.

GOMBAK – Pemilik dan juga pelabur program keusahawanan Tea Amo, Zuriana Mohmed Zuhri berharap sambutan baik yang diterima pada hari pertama operasi kiosk miliknya menjadi ‘petanda baik’ kepada jenama tersebut.

Beliau yang merupakan usahawan Tea Amo pertama mendapat tempat di stesen minyak Shell berkata, sambutan luar biasa pada hari pertama itu juga diharap dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai yang telah dan akan menyertai program itu.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kerana sambutan luar biasa pada hari pembukaan hari ini.

“Sebenarnya sejak semalam (pra-pembukaan) lagi orang sudah datang berpusu-pusu untuk mencuba minuman ini.

“Kebanyakan mereka masih belum pernah mencuba teh boba ini tetapi selepas mencuba ramai yang memberi maklum balas positif,” katanya pada majlis perasmian Tea Amo di Shell Taman Greenwood di sini hari ini.

Kegembiraan itu katanya secara tidak langsung memberi kepuasan kepada beliau selepas menyertai program usahawan Tea Amo anjuran anjuran Kumpulan Malakat Eco itu.

Zuriana Mohmed Zuhri dibantu oleh kakitangan Malakat Eco yang hadir memberi latiihan pengurusan perniagaan Tea Amo kepada peserta.

Perasmian wagon Tea Amo pertama di stesen minyak Shell dan yang ke-10 (keseluruhan outlet) itu adalah sebahagian daripada kerjasama Malakat Eco dengan Shell Trading Sdn Bhd.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan @ Tokki bersama Pengarah Urusan Shell Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Hadir sama Lembaga Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malakat Eco selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tea Amo, Adzhar Mohd. Noor dan pemilik Tea Amo Taman Greenwood, Zuriana Mohmed Zuhri.

Pada kesempatan itu, Zuriana, 40, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Malakat Eco yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis perasmian hari ini.

Katanya, selain bantuan daripada aspek persediaan perniagaan, beliau juga dibantu oleh tim Malakat Eco yang aktif mempromosi dan melakukan hebahan.

“Saya harap aspek sokongan perniagaan seperti ini akan dapat diteruskan oleh Kumpulan Malakat. Walaupun hanya sebuah kiosk kecil, cabaran memulakan perniagaan baharu pastinya tidak mudah,” katanya.

Antara minuman yang terdapat di Tea Amo, Malakat Mall

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here