Tea Amo boleh pergi jauh – pengusaha wagon

0
114
Wagon Tea Amo milik Zuriana Mohmed Zuhri di Stesen Minyak Shell Taman Greenwood, Gombak.

GOMBAK – Rasa produk yang sedap dan berkualiti serta harga jualan yang berpatutan menjadi kunci keyakinan Zuriana Mohmed Zuhri untuk menyahut cabaran program keusahawanan Tea Amo anjuran Kumpulan Malakat Eco.

Selepas pembukaan 9 outlet minuman berasaskan tea boba itu, Zuriana, 40, kini merupakan usahawan Tea Amo pertama yang mempunyai kiosk wagon di Stesen Minyak Shell melalui kerjasama Malakat Eco dengan Shell Trading Sdn Bhd.

Jalinan kerjasama itu dimeterai antara Presiden Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim dengan Pengarah Urusan Shell Trading, Shairan Huzani Husain pada Mac lalu.

Melalui usaha itu, Shell Trading menawarkan lokasi penempatan wagon-wagon Tea Amo di stesen minyak Shell di seluruh negara.

Pemilik wagon Tea Amo di Shell Taman Greendwood, Gombak itu berkata, beliau berterima kasih kepada Malakat Eco atas peluang perniagaan yang ditawarkan dan kini telah menjadi realiti.

Beliau yang juga pemilik stesen minyak berkenaan berkata, sebagai kelompok pertama usahawan Tea Amo, beliau yakin terhadap kualiti produk minuman tersebut selepas mencuba sendiri dan mengkaji potensi pasarannya.

Zuriana Mohmed Zuhri membantu pekerja pada hari pertama operasi wagon Tea Amo miliknya.

“Walaupun ini bukan produk tea boba yang pertama, tapi dari segi saingan saya percaya Tea Amo ada tarikannya sendiri terutama melalui kandungan taufa yang sangat sedap.

“Untuk pasaran di sekitar Gombak ini, saya juga yakin harga jualan produk ini masih bersesuaian dengan taraf pendapatan penduduk kerana tidak terlalu mahal berbanding produk lain.

“Yang penting, kami kena perkenalkan dahulu produk ini kepada orang ramai kerana mereka yang sudah mencuba pasti akan repeat semula,” katanya kepada Malakat Tribune ketika ditemui pada hari pertama pembukaan Tea Amo Wagon Shell Greenwood hari ini.

Zuriana berkata, penyertaan beliau dalam program keusahawanan Malakat Eco itu merupakan sebahagian daripada pelebaran strategi perniagaan stesen minyak milik keluarganya.

“Salah satu keistimewaan wagon Tea Amo ini adalah bentuk fizikalnya yang tidak memerlukan ruang yang terlalu besar. Senang dioperasikan dengan jumlah pekerja yang minimum.

“Dengan kekangan renovasi kedai (stesen minyak), kami rasa ini adalah pilihan terbaik untuk kami menambah tarikan pelanggan,” katanya.

Selain itu katanya, wagon yang beroperasi bermula dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam itu juga akan menjadi ‘nilai tambah’ kepada satu lagi projek pengembangan perniagaan kami iaitu bengkel motosikal kontena yang akan dibuka tahun depan.

“Apabila siap bengkel motosikal bersebelahan dengan stesen minyak ini nanti, Tea Amo ini akan menyediakan pilihan minuman kepada para pelanggan,” katanya.

Mengulas mengenai pembukaan Tea Amo itu pada Jumaat ini, beliau berkata pihaknya menawarkan 300 pek minuman taufa percuma kepada orang ramai yang singgah di wagon berkenaan.

Sebahagian daripada 40 jenis produk minuman Tea Amo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here