Tea Amo buka cawangan di Aeon Mall Nilai tidak lama lagi

0
18
Keenakan rasa minuman teh boba dan taufa yang menjadikan Tea Amo produk kegemaran.

CYBERJAYA – Jenama minuman teh boba popular, Tea Amo dijangka membuka cawangan terbaharunya di pusat beli belah Aeon Mall, Nilai, Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Pembukaan cawangan wagon itu merupakan yang ke-11 selepas cawangan di stesen minyak Shell Taman Greenwood pada 3 Disember lalu.

Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim dalam hantaran di Facebooknya hari ini mengumumkan Aeon Mall Nilai sebagai lokasi baharu wagon Tea Amo.

“Jom ramai-ramai ke wagon kami sekarang untuk merasai keunikan dan kelazatan minuman boba dan taufa kami.

“Semoga dipermudahkan urusan serta diberikan rezeki yang berkah pada kami di hari yang mulia ini, Amin Ya Robb,” katanya.

Tea Amo yang dimiliki oleh Malakat Eco kini beroperasi di Aeon Big Klang, Aeon Big Shah Alam Seksyen 23, Aeon Big Ampang, Aeon Big Bandar Tun Hussein On, Aeon Big Wangsa Maju, Aeon Big Kepong, Cyberjaya Malakat Mall dan Shell Taman Greenwood di Gombak..

Tea Amo merupakan jenama tea boba yang sudah lama popular dan menjadi antara produk paling killer di rangkaian perniagaan Malakat Mall dan Malakat Grocer.

Jenama itu menawarkan kira-kira 40 jenis minuman antaranya Taufa Brown Sugar Pearl, Taufa Royal Milk Tea, Mango Taufa, Mango Strawberry, Chocolate Milk, Hazelnut Milk Tea dan Rose Milk Taufa Brown Sugar.

Tea Amo kini beroperasi di 10 cawangan yang tertumpu di Lembah Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here