Tentera Diraja Sulu rancang tawan Sabah?

0
292

CYBERJAYA – Seramai 600 anggota Tentera Diraja Sulu (RSA) dilaporkan bersedia untuk melancarkan operasi menawan Sabah.

Portal South China Morning Post (SCMP) melaporkan, operasi tersebut yang dirancang bagi memperingati peristiwa Lahad Datu 2013, dijangka dilancarkan sekitar Februari 2022.

Difahamkan, beberapa pertemuan rahsia telah diadakan antara 19 orang datuk bandar dari kawasan selatan Filipina.

“Seramai 11 datuk bandar telah bersetuju untuk merekrut sekurang-kurangnya 600 orang anggota bersenjata bagi melaksanakan misi tersebut.

“Kos peluru dan logistik yang dianggarkan sebanyak USD10 ribu telah ditanggung oleh pegawai tinggi kerajaan,” kata portal SCMP.

Sumber portal itu memberitahu, sekurang-kurangnya 200 orang pengintip bagi pihak RSA telah diarahkan menyusup masuk ke beberapa kawasan di Sabah, dengan bandar Lahad Datu dan Semporna menjadi sasaran utama.

“Bekalan senjata turut ditanam di sekitar kawasan yang telah dikenalpasti untuk digunakan oleh RSA sebelum melancarkan serangan,” kata sumber itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here