[VIDEO] Terima kasih Brainy Bunch beri kami penginapan

0
106
Sebahagian daripada mangsa banjir yang ditempatkan di kampus utama Brainy Bunch di Cyberjaya.

CYBERJAYA – “Tiada kata yang dapat diucapkan sebagai tanda syukur dan terima kasih atas bantuan yang disediakan untuk kami dan mangsa-mangsa yang lain”.

Itu luahan sebahagian daripada kira-kira 50 mangsa banjir sekitar Dengkil, Puchong dan Banting yang ditempatkan di kampus utama Brainy Bunch, Cyberjaya di sini.

Penempatan sementara yang disediakan pihak Brainy Bunch itu bukan sekadar menjadi tempat perlindungan bahkan disifatkan ‘berlebihan’ daripada apa yang diperlukan.

Mohd Qhabil Moh Shariff, 31, berkata, dia berpindah ke Brainy Bunch bersama dua keluarganya selepas mendapat tahu mengenai bantuan yang disediakan pihak sekolah itu kepada mangsa banjir.

“Saya tidak tahu nak cakap macam mana sebab semuanya selesa di sini baik dari segi penginapan, makan, pakaian dan kemudahan seperti tandas dan surau.

“Sebenarnya kami berpindah ke sini sehelai sepinggan dari pusat pemindahan di Sekolah Bukit Changgang selepas banjir makin teruk di sana,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mohamad Qhabil Mohd Shariff

Menurut Qhabil, peluang berpindah ke Brainy Bunch juga umpama satu rahmat buat keluarganya yang mempunyai anak kurang upaya (OKU).

“Kami menghadapi kesukaran untuk menguruskan anak OKU kami di pusat pemindahan banjir kerana berada di tingkat atas sekolah.

“Di sini kami sekeluarga ditempatkan di dalam satu bilik besar yang cukup selesa,” katanya.

Mohd Nasrullah Mohd Shariff

Adiknya, Mohd Nasrullah, 29, berkata, dia terpaksa berpindah sebanyak tiga kali akibat banjir yang menenggelamkan rumahnya dan beberapa rumah ahli keluarga di Bukit Changgang, Banting.

Dia yang tiba di Brainy Bunch semalam terpaksa meninggalkan pusat pemindahan banjir ekoran keadaan air yang semakin teruk.

Pada kesempatan itu dia mengucapkan terima kasih kepada Brainy Bunch dan menyeru agar lebih banyak pihak menawarkan kemudahan dan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir seperti yang digerakkan oleh kumpulan Brainy Bunch dan Malakat Eco.

“Keprihatinan macam inilah yang diperlukan ketika ini. Saya harap semua pihak yang mampu dapat tampil memberikan bantuan baik dari segala segi,” katanya.

Zarina Mohamad Hashim bersama tiga anaknya yang berpindah ke kampus Brainy Bunch di sini selepas rumahnya ditenggelami air di Dengkil.

Seorang lagi mangsa, Zarina Mohamad Hashim, 51, berkata, dia berterima kasih kepada semua kakitangan Brainy Bunch yang menyediakan segala keperluan kepada dia sekeluarga.

“Saya berpindah ke sini bersama tiga anak dan lapan ekor kucing peliharaan yang nyaris menjadi korban bila rumah kami ditenggelami air semalam.

“Dalam waktu macam ini saya sangat bersyukur bila pihak Brainy Bunch tawarkan penginapan kepada kami dan segala keperluan,” katanya.

Syazwin Aireena

Sementara itu, Syazwin Aireena, 23, pelajar perubatan Universiti Cyberjaya turut memuji usaha yang digerakkan Brainy Bunch dan tampil membantu melalui sumbangan pakaian dan barangan keperluan.

Usaha Syazwin bersama beberapa rakan sekampus itu mengumpul pakaian untuk disumbangkan itu dilakukan melalui sosial media seperti Facebook dan Twitter.

“Setakat semalam kami sudah berjaya mengumpul beberapa guni pakaian dan hari ini kami mula mengagihkan derma itu di Brainy Bunch.

“Alhamdulillah…ramai rakan-rakan di kampus yang menyumbang tenaga dalam usaha untuk meringankan beban ditanggung mangsa banjir kali ini,” katanya.

Terima kasih Brainy Bunch beri kami penginapan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here