Teruskan sokongan bagi bantu rakyat – Ismail Sabri

0
16
ISMAIL SABRI

CYBERJAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru ahli parti supaya terus memberikan sokongan kepadanya dalam menyelesaikan isu yang membelenggu rakyat.

Ismail Sabri yang turut menjawat jawatan sebagai perdana menteri berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera, hari ini.

“Saya perlu sokongan dari parti untuk naikkan semangat saya untuk perjuangan. Isu terbesar adalah isu rakyat dan bukan politiking yang tak habis-habis,” katanya lagi.

Walaupun kes Covid-19 semakin menurun berbanding di awal pelantikannya sebagai perdana menteri dan ekonomi negara juga dilihat semakin pulih, tugas itu masih belum berjaya dilunaskan dengan sepenuhnya.

“Kes memang semakin menurun tapi masih di sekitar 4,000. Jangan ingat kita dah bebas sepenuhnya dari Covid-19 dan tanggungjawab saya masih lagi besar dan perlu saya lakukan,” katanya.

Beliau turut menyeru ahli Umno supaya kembali ke asas perjuangan parti dalam membawa kesepaduan dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam, dan mengingatkan mereka supaya menjadikan kekalahan pada PRU14 yang lepas sebagai peringatan, mengenai kepentingan kesepaduan dalam parti.

“Kita bentuk kerajaan hari ini bukan kerana kita menang PRU tetapi kerana kita bekerjasama dengan parti lain. Kita seolah-olah lupa perkara itu.

“Tujuan asal penubuhan UMNO adalah untuk menyatupadukan umat Islam dan Melayu, namun sebaliknya yang terjadi sekarang apabila wujud beberapa kem dan pergeseran dalam parti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here