Thailand kesan 3 kes import varian Omicron

0
9

BANGKOK – Thailand mengesahkan kewujudan tiga kes import Covid-19 varian Omicron dan mengesan satu lagi kes kebarangkalian untuk virus itu, hari ini.

Laporan Bernama menyebut, perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr. Supakit Sirilak dalam satu sidang akhbar.

Kata Dr. Supakit, kes pertama melibatkan seorang warga Amerika berusia 35 tahun yang tiba dari Sepanyol manakala kes kedua dan ketiga membabitkan wanita Thailand berusia 36 dan 46 tahun, yang pulang dari Lagos, Nigeria.

Kes kebarangkalian itu pula melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 41 yang pulang dari Congo.

“Penjujukan genom mengesahkan ia varian Omicron,” kata Dr. Supakit.

Beliau menambah, Jabatan Sains Perubatan telah menjalankan ujian ‘single nucleotide polymorphisms’ (SNP) dan ‘whole genome sequencing’ (WGS) ke atas 1,649 ketibaan dari luar negara.

“Sehingga kini, tiada kes penularan tempatan bagi varian Omicron dilaporkan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here