Tiada keperluan tutup Parlimen – Khairy

0
5
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

CYBERJAYA – Keperluan untuk menutup persidangan Parlimen akan diambil sebagai langkah terakhir oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengatasi penularan Covid-19.

Menteri, Khairy Jamaluddin berkata, buat masa ini pihaknya tidak melihat sebarang keperluan untuk menutup sesi persidangan di Parlimen kerana prosedur dan langkah-langkah pencegahan telah dilaksanakan.

“Sekarang kita sudah ada kerangka dan mempunyai pengalaman dalam menangani kes positif yang wujud,” katanya.

Selain itu kata Khairy, ujian saringan yang dilakukan setiap dua hari di Parlimen juga diharap dapat mengesan Covid-19 dengan lebih awal.

“Apabila dapat kesan cepat, kita dapat melakukan pengasingan secara pantas.

”Dengan langkah tersebut termasuk Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan dan vaksinasi kita harap tiada langkah drastik perlu diambil,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan Omicron di kementeriannya pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan menggantung sementara sidang Parlimen susulan penularan jangkitan Covid-19 pada Isnin yang berkemungkinan besar adalah varian Delta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here