Tiada masalah tutup aurat, ikut syariat – kata Naavin Krishnan

0
93
Kapten pasukan Hyperrich, Naavin Krishna

BANGI – Kejohanan Futsal Piala Menteri sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang dianjurkan hari ini mencuri tumpuan apabila satu-satunya pasukan yang disertai peserta bukan Muslim berjaya menjuarai pertandingan itu.

Pasukan Hyperrich yang berpangkalan di Petaling Jaya, muncul juara selepas menewaskan pasukan Junior FT dari Gombak, 4-3 di perlawanan akhir menerusi sepakan penalti.

Menurut kapten pasukan Hyperrich, Naavin Krishnan, meskipun pertama kali menyertai kejohanan itu, pasukan mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk mematuhi peraturan ditetapkan penganjur.

“Apabila diberitahu untuk sertai kejohanan ini perlu tutup aurat, kami tiada masalah.

“Kami juga faham peserta Muslim perlu berhenti untuk tunaikan solat, ini juga kesempatan untuk yang lain berehat, ia baik untuk semua,” katanya.

Dalam pada itu, Naavin berkata, syarat pertandingan dianjurkan Yadim itu sebenarnya mempromosikan keharmonian antara kaum di negara ini, apabila ia menyelitkan unsur bertolak ansur antara satu sama lain.

Selain bersukan pasukan terlibat turut tidak melupakan tuntutan agama Islam

“Kami sebenarnya rancang untuk hantar pasukan veteran juga, namun atas beberapa sebab mereka tak dapat sertai pada saat akhir,” jelasnya.

Kejohanan futsal yang pertama kali dianjurkan itu sempena sambutan Aspirasi Keluarga Malaysia disertai oleh 23 pasukan dari seluruh negara termasuk agensi kerajaan, institusi tahfiz dan sebagainya.

Selain futsal, turut dianjurkan ialah acara memanah dan bowling.

Kejohanan itu turut mendapat bantuan petugas kesihatan, RELA dan pelbagai pihak lain bagi memastikan acara itu berjalan lancar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here