Tindakan tegas nanti pelajar MRSM tumbuk rakan seasrama

0
417
Tangkap layar sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang pelajar MRSM ditumbuk di bahagian perut oleh rakam seasrama

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar dan pihak yang terlibat dalam kes buli melibatkan seorang pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihaknya memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular.

“Saya telah mengarahkan pihak pengurusan Mara untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan dan kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan susulan penularan kandungan video membabitkan pelajar sebuah sekolah berasrama hari ini.

Tambah Mahdzir, tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang terlibat berdasarkan peruntukan dan peraturan sedia ada di peringkat pengurusan Mara jika video yang tular adalah benar.

Pihak Mara juga tegas Mahdzir, tidak sesekali memberi ruang kepada sebarang tindakan atau perbuatan salah laku yang menyalahi etika kemanusiaan.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan sebarang salah laku atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, peraturan dan tata etika di mana-mana premis seliaan Mara pada bila-bila masa.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here