Tujuh lagi mangsa bot karam ditemui

0
22
MAYAT mangsa bot karam di Tanjung Balau yang ditemukan Maritim Malaysia.

KOTA TINGGI – Tujuh lagi mangsa lemas dalam insiden bot karam warga Indonesia di Tanjung Balau ditemukan menjadikan jumlah mangsa maut kini 18 orang dengan 28 lagi masih dilaporkan hilang.

Timbalan Pengarah (Operasi)
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor, Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, mangsa yang ditemui dalam operasi pencarian hari kedua itu membabitkan lima lelaki dan dua wanita dewasa.

“Mayat pertama untuk operasi carilamat hari kedua ini ditemui kira-kira jam 6.45 pagi dengan jarak sejauh 10 meter dari pangkalan hadapan operasi carilamat di pesisiran Tanjung Balau, di sini.

“Op carilamat ini melibatkan keluasan sejauh 147 batu nautika di sekitar perairan Tanjung Balau dengan kekuatan aset Kapal Maritim (KM) TEGAS dan bot PETIR 50 Maritim Malaysia serta aset-aset daripada agensi lain.

“Pencarian sektor udara pula adalah seluas 76.5 batu nautika dengan menggunakan sebuah pesawat udara AW139 Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here