Tunku Ismail tak jadi berehat, pastikan JDT kembali mengaum musim depan

0
107

Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika hadir menyaksikan aksi final Piala Malaysia di Staidum Nasional Bukit Jalil.

CYBERJAYA – Harimau yang luka akan kembali mengaum, kata Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail dalam kenyataan rasmi di laman Johor Southern Tigers berkata, bakal berbelanja semula bagi memantapkan pasukan itu.

Kata Tunkun Ismail, sejak tiga musim lalu, kelab berkenaan terlalu selesa dan tidak mengeluarkan perbelanjaan sepatutnya.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi perkembangan kelab dan juga beberapa maklumat yang lain.

“Maklumlah orang jarang kalah ini, sekali sekala bila kalah jadi rajin pula buat kerja. Ada hikmah disebaliknya, bagus juga ada ‘wake-up call’. Buat apa pun jikalau Allah SWT tidak mengizinkan rezeki tersebut bukan kita punya.

“Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami menjadi terlalu selesa, terlalu yakin dan kami tidak mengeluarkan belanja untuk skuad. 

“Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar. Ianya akan menjadikan kami lebih bermotivasi untuk bertanding tahun hadapan. 

“Saya anggap kekalahan adalah positif untuk JDT. Kami akan menjadi lebih obses untuk memperbaiki kesilapan kami dan menguatkan lagi pasukan ini,” kata Tunkun Ismail.

Menurut Tunku Ismail, JDT akan menjalani latihan pra-musim di Dubai dan Abu Dhabi serta mengadakan aksi persahabatan dengan kelab tempatan di sana dan juga kelab Eropah.

“Ada beberapa pemain akan dikekalkan, ada yang akan dipinjamkan keluar dan ada pemain yang akan dilepaskan. Pengarah Teknikal JDT akan membuat pengumuman kepada para penyokong dengan lebih mendalam lagi nanti.

“Saya baru ingat hendak berehat dari bola sepak tahun hadapan tetapi apa yang berlaku membuatkan saya tidak jadi berehat.  Seperti yang saya pernah katakan, ‘a wounded Tiger is always eager to bounce back’,” kata Tunku Ismail.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here