‘Turun padang cari asnaf, bukan tunggu mereka datang minta bantuan’

0
191

PUTRAJAYA – Semua ketua dan warga agensi hal ehwal Islam di negara diingatkan supaya turun padang untuk mencari golongan asnaf dan orang-orang miskin.

Portal Malaysia Gazette melaporkan, peringatan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, hari ini.

Idris berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertemuan Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Tahun 2021 di Putrajaya, hari ini.

“Saya tidak mahu orang miskin datang berjumpa kita, sebaliknya kita yang perlu cari mereka.

“Orang miskin ini mereka kais pagi makan pagi, mereka memerlukan wang untuk (mengisi) petrol dan tambang untuk berjumpa dengan kita, jadi kita yang mesti pergi cari dia, santuni dia,” kata Idris.

Tambah Idris, golongan berkenaan tidak seharusnya datang ke mana-mana pejabat untuk meminta bantuan.

“Segala maklumat kita boleh dapat melalui e-Kasih, penghulu, masjid atau Baitulmal semuanya ada. Kalau tidak berdosa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Idris berkata, kementeriannya ketika ini hampir menyelesaikan keseluruhan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tempoh 100 hari pentadbiran.

Idris mula memegang portfolio sebagai menteri agama bermula 1 September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here